Page 4 - Booklet Digital Pengiraan Zakat 2023
P. 4

KEWAJIPAN BERZAKAT




   Pengertian Zakat                                         “Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin
                                                            yang meminta dan orang miskin yang menahan diri dari
   Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, subur dan berkembang.  meminta”.
                                                                                             Adz-Zaariat: Ayat 19
   Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan
   sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan   Dalam ayat yang lain, firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
   tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. Contoh jenis-jenis
   zakat ialah zakat pendapatan, zakat perniagan, zakat wang   “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan sebahagian
   simpanan, zakat saham,  zakat  emas, zakat perak,  zakat   hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa
   ternakan, zakat tanaman dan zakat fitrah.                 yang Kami keluarkan dari bumi...”.
                                                                                            Al-Baqarah: Ayat 267
   Dalil Wajib Mengeluarkan Zakat
                                                            Oleh yang demikian, kewajipan menunaikan zakat menjadi
   Ibadat Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang   tanggungjawab setiap orang Islam apabila cukup
   lima.  Dalil  wajib  ini  antaranya  berdasarkan  firman  Allah   syarat-syarat wajib zakat.
   S.W.T. yang bermaksud:

   “Dan dirikanlah olehmu solat dan tunaikanlah zakat dan
   ruku’lah (iaitu berjemaah) bersama-sama orang yang       Syarat-syarat Wajib Zakat
   ruku”.
                                    Al Baqarah: Ayat 43     1.  Islam
                                                               - Dikenakan atas orang Islam.
   Zakat merupakan suatu proses untuk menyucikan harta
   seseorang. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:           2.  Merdeka
                                                               - Orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya.
   “Ambillah  sebahagian  daripada  harta  mereka  menjadi       Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu
   sedekah (zakat) supaya dengan itu engkau membersihkan         syarat wajib.
   mereka (dari dosa) dan menyucikan (mereka dari akhlak
   yang buruk)”.                                            3.  Sempurna Milik
                                    At Taubah: Ayat 103        - Harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh
                                                                seseorang.
   Pengertian “menyucikan” bermaksud membuang sifat
   kikir, tamak haloba serta bakhil dalam diri seseorang,   4.  Cukup Nisab
   manakala jika dilihat dari perspektif si miskin pula ia dapat   - Paras minima yang menentukan sama ada sesuatu
   menyucikan diri dari iri hati, dengki serta menaruh          harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan
   perasaan dendam terhadap orang yang kaya.                    berat 85 gram nilai emas semasa.

   Membersihkan diri pula bermakna, mengembalikan           5.  Cukup Haul
   hak-hak orang miskin yang telah ditentukan dalam harta      - Genap setahun harta itu disimpan.
   ataupun pendapatan seseorang. Ini diperjelaskan lagi
   dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud:                 6.  Niat Berniaga
                                                               - Untuk memperoleh keuntungan
                                                                (zakat perniagaan sahaja).

   2                                                                                                        3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9