Page 5 - Booklet Digital Pengiraan Zakat 2023
P. 5
KEWAJIPAN BERZAKAT
Pengertian Zakat “Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin
yang meminta dan orang miskin yang menahan diri dari
Dari segi bahasa, zakat bererti bersih, subur dan berkembang. meminta”.
Adz-Zaariat: Ayat 19
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan
sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan Dalam ayat yang lain, firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
tertentu apabila cukup syarat-syaratnya. Contoh jenis-jenis
zakat ialah zakat pendapatan, zakat perniagan, zakat wang “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan sebahagian
simpanan, zakat saham, zakat emas, zakat perak, zakat hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa
ternakan, zakat tanaman dan zakat fitrah. yang Kami keluarkan dari bumi...”.
Al-Baqarah: Ayat 267
Dalil Wajib Mengeluarkan Zakat
Oleh yang demikian, kewajipan menunaikan zakat menjadi
Ibadat Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang tanggungjawab setiap orang Islam apabila cukup
lima. Dalil wajib ini antaranya berdasarkan firman Allah syarat-syarat wajib zakat.
S.W.T. yang bermaksud:
“Dan dirikanlah olehmu solat dan tunaikanlah zakat dan
ruku’lah (iaitu berjemaah) bersama-sama orang yang Syarat-syarat Wajib Zakat
ruku”.
Al Baqarah: Ayat 43 1. Islam
- Dikenakan atas orang Islam.
Zakat merupakan suatu proses untuk menyucikan harta
seseorang. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 2. Merdeka
- Orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya.
“Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu
sedekah (zakat) supaya dengan itu engkau membersihkan syarat wajib.
mereka (dari dosa) dan menyucikan (mereka dari akhlak
yang buruk)”. 3. Sempurna Milik
At Taubah: Ayat 103 - Harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh
seseorang.
Pengertian “menyucikan” bermaksud membuang sifat
kikir, tamak haloba serta bakhil dalam diri seseorang, 4. Cukup Nisab
manakala jika dilihat dari perspektif si miskin pula ia dapat - Paras minima yang menentukan sama ada sesuatu
menyucikan diri dari iri hati, dengki serta menaruh harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan
perasaan dendam terhadap orang yang kaya. berat 85 gram nilai emas semasa.
Membersihkan diri pula bermakna, mengembalikan 5. Cukup Haul
hak-hak orang miskin yang telah ditentukan dalam harta - Genap setahun harta itu disimpan.
ataupun pendapatan seseorang. Ini diperjelaskan lagi
dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 6. Niat Berniaga
- Untuk memperoleh keuntungan
(zakat perniagaan sahaja).
2 3