Page 18 - Pengiraan Zakat Perniagaan
P. 18
Nota-nota Tambahan
Sebelum taksir zakat perniagaan, beberapa pelarasan
perlu diambilkira seperti:
- persoalan pemilikan aset yang sempurna dan tidak
sempurna milik.
- hasil harta yang tidak bersih.
- aset tidak diniatkan untuk perniagaan.
- dana bagi tujuan kebajikan.
- beza di antara liabiliti operasi dengan liabiliti kewangan.
- pelarasan-pelarasan lain yang sewajarnya.
Liabiliti jangka pendek dan bersifat operasi sahaja
dibenarkan tolakan. Contohnya seperti pemiutang
perniagaan, tanggungan cukai sebenar/semasa dan
semua kos atau tanggungan belanja yang melibatkan
operasi semasa sahaja termasuk yang terakru.
Liabiliti bersifat kewangan perlu diselaraskan kerana
sifatnya sebagai sumber kewangan dan memenuhi
syarat sempurna milik.
Pengiraan Pemilikan Saham Muslim
Contoh:
Saham Individu Muslim - 30%
Saham Individu Bukan Muslim - 20%
Saham Kerajaan - 10%
Saham Organisasi - 40%
(70% Pemilikannya Adalah Muslim)
Pengiraan Pemilikan Saham Muslim
% Pemilikan Saham + % Saham Organisasi
Individu Muslim Bahagian Muslim
30% + (40% X 70%)
30% + 28%
Jumlah Pemilikan Saham Muslim = 58%
16