Page 19 - Pengiraan Zakat Perniagaan
P. 19

Taksiran Ke Atas Aset Syarikat
      Pengiraan zakat adalah berasaskan kepada aset
      syarikat/koperasi dan bukan aset kumpulan.

      Zakat Saham Syarikat/Koperasi
      Bagi syarikat atau koperasi yang membayar zakat,
      pemegang saham tidak perlu lagi membayar zakat
      atas saham dan dividen yang diterimanya. Sekiranya
      syarikat atau koperasi tidak membayar zakat, maka
      pemegang   saham   Muslim  dalam  syarikat  atau
      koperasi  tersebut wajib menunaikan zakat atas saham
      dan dividen mereka.

      Inisiatif Dan Tanggungjawab
      Lembaga Pengarah
        Inisiatif mengira dan membayar zakat adalah terletak
      ke atas Lembaga Pengarah yang telah diamanahkan
      oleh pemegang saham dan ahli-ahli bagi menjalankan
      urusan perniagaan. Sekiranya Lembaga Pengarah
      tidak mendapat mandat bagi menggunakan wang
      syarikat atau koperasi untuk membayar zakat, maka
      usul hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat
      Agung   Tahunan   bagi  mendapatkan   kelulusan
      pemegang saham atau ahli-ahli untuk membayar
      zakat.

      Jika usul membayar zakat tidak diluluskan, maka
      kewajipan berzakat akan menjadi tanggungjawab
      kepada pemegang-pemegang saham Muslim itu
      sendiri.
      Ahli Professional Dan Berkemahiran
      (Perkhidmatan)
      Bagi individu bertaraf profesional dan memiliki
      syarikat serta memperolehi hasil pendapatan dalam
      bentuk imbuhan bulanan, gaji, ambilan, perolehan dan
      dividen, kewajipan berzakat terbahagi kepada 2 iaitu:
        1. Zakat Perniagaan
        2. Zakat Pendapatan


                                                   17
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24