Page 31 - Pengiraan Zakat Perniagaan
P. 31

WAKAF TUNAI MAIWP





    Definisi

    Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf
    ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual
    beli,  pewarisan,  hibah,  dan  wasiat  di  samping
    mengekalkan   sumber  fizikalnya  untuk  kebajikan
    dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada
    Allah S.W.T



    Pengenalan
    Wakaf Tunai MAIWP adalah program mewakafkan
    wang tunai kepada Majlis Agama Islam Wilayah
    Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah
    wakaf, di mana wang pokoknya dikekalkan kepada
    penerima wakaf.

    Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal
    Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-77 yang telah
    bersidang pada 10-12 April 2007 telah menyatakan
    bahawa berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah
    dibolehkan di dalam Islam.
    Wang tunai yang diterima oleh Pusat Wakaf MAIWP
    akan dikumpulkan seterusnya ditukarkan kepada harta
    kekal yang dinamakan istibdal/badal. Manfaat hasil
    wang tunai tersebut akan digunakan untuk kebajikan
    dan pembangunan ummah.





















                                                  29
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36