Page 4 - Pengiraan Zakat Perniagaan
P. 4

KEWAJIPAN BERZAKAT



    Kewajipan Berzakat

    Dalil Umum Zakat
    Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakan sebahagian
    hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa
    yang Kami keluarkan dari bumi...”.
                                        al-Baqarah : 267

    “Dan dirikan oleh kamu akan sembahyang serta keluarkan
    zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh
    rahmat”.
                                             al-Nur : 56

    Dalil Umum Zakat Perniagaan
     Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
     “Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak
     pula oleh jualbeli dari menyebut tentang mengingati Allah
     dan mendirikan solat serta membayar zakat, mereka
     takutkan hari yang hati dan penglihatan mereka menjadi
     gusar”.
                                              al-Nur : 37

     Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:

     “Tidak  dikumpul-kumpulkan  di  atas  harta  yang
     bercerai-cerai dan tidak dicerai-ceraikan di atas harta yang
     berkumpul kerana hendak mengelak daripada sedekah
     (zakat bagi pembayar) atau kekurangan hasil pungutan
     (bagi amil)”.
                                         Riwayat Bukhari

     “Dan apa sahaja yang ada pada kedua orang yang
     berkongsi, maka keduanya harus mengembalikan dengan
     sama rata (berdasarkan nisbahnya)”.
                                         Riwayat Bukhari







    2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9