Page 5 - Pengiraan Zakat Perniagaan
P. 5

Asas Umum Pengiraan

    “Maimun ibn Mihran menjelaskan dalam sebuah athar:
    Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup
    haul), maka hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada
    padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilailah ia
    dengan   matawang,   begitu   juga  segala  hutang
    pelangganmu yang mampu (diharap kembali) hendaklah
    diambilkira, dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri,
    barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu”.
                                     Riwayat Abu ‘Ubayd



    Syarat-syarat Wajib Zakat


     1.  Islam
       -  Dikenakan atas orang Islam.

     2.  Merdeka
        - Orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya.
           Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu
           syarat wajib.

     3.  Sempurna Milik
       -  Harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh
          seseorang.

     4.  Cukup Nisab
       -  Paras minima yang menentukan sama ada sesuatu
          harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan
          berat 85 gram nilai emas semasa.

     5.  Cukup Haul
       -  Genap setahun harta itu disimpan.

     6.  Niat Berniaga
       -  Untuk memperoleh keuntungan
          (zakat perniagaan sahaja).







                                                    3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10