Page 11 - Buku Program Mesyuarat PIBG SKPK 2024
P. 11
3.7 Ko-kurikulum : terima kasih kepada waris yang memberi
peluang untuk anak-anak melibatkan diri dalam semua jenis
sukan yang disertai oleh pihak sekolah. Antaranya :
bola Baling peringkat Zon Kepala Batas, Bola tampar
peringkat Daerah dan juga untuk semua yang masuk
pertandingan Ko-akademik seperti bercerita, public
speaking, scrabble, Bahasa bermadah walaupun tidak
mendapat tempat yang di atas, namun keyakinan dan
keberanian mereka untuk menyertai pertandingan ini
amatlah dihargai
3.8 Penerapan 3S : ‘Sapa: Senyum dan Salam” telah dilaksanakan dan
berjalan dengan lancar. Ini adalah merupakan Langkah pihak sekolah
untuk meningkatkan sahsiah diri murid yang beradab sopan. Peningkatan
peritus kehadiran murid mengikut bulanan juga ada peningkatan 90-92 % ,
walaupun sasaran KPM sebenar iaitu 95%. Mohon Kerjasama ibu bapa
mengambail berat isu ini kerana bagi yang murid yang bermasalah, ziarah
cakna dilakukan untuk mengenalpasti punca ketidakhadiran yang lama ke
sekolah dan mencari langkah-langkah mengatasi masalah tersebut
3.9 Memaklumkan berkaitan perancangan aktiviti sekolah pada tahun ini
bersama waris seperti:
- senamrobik awal persekolahan
- sambutan dan Perarakan Maulidurrasul
- Gotong Royong Perdana
- Bendang Run Peringkat Kebangsaan
- Hari sukan sekolah dan Karnival Kokurikulum
- Hari terbuka PBD
3.10 Sentiasa mengamakan dasar pintu terbuka untuk para waris untuk
membincangkan sebarang idea atau isu yang berkaitan dengan
sekolah bagi mengelakkan dari disebarkan melalui medsos
3.11 Memaklumkan juga kehilangan barang anak-anak
kerana kecuaian atau tertinggal maka pihak sekolah
mengambil inisiatif mengujudkan sudut “Lost N Found”
di kantin sekolah untuk anak-anak
mendapatkan kembali barangan mereka.
3.12 Merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih kepada
YB TKM 1 dan semua yang hadir pada
Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini.
8