Page 13 - Buku Program Mesyuarat PIBG SKPK 2024
P. 13
5.0 UCAPAN PERASMIAN OLEH YB DATO’ IR HJ AHMAD
ZAKIYUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
TIMBALAN KETUA MENTERI 1 NEGERI P.PINANG
MERANGKAP ADUN PINANG TUNGGAL
5.1 Beliau memberikan salam dan menyatakan rasa terima kasih kerana
dijemput bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 48 SK Paya Keladi
dan bersyukur dengan kehadiran ramai waris. Pengorbanan ibu, bapa dan
waris amatlah diharapkan dan menjadikan tuntutan menuntut ilmu sebagai
No 1 dan semoga dengan ini dapat membantu menambahbaik pendidikan
anak-anak di sekolah.
5.2 Beliau memaklumkan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1, beliau sebagai
perantara antara kerajaan, sekolah dan juga ibu bapa untuk memastikan
kepentingan pendidikan anak-anak di sekolah.
5.3 Beliau juga amat menekankan peranan ibu bapa untuk mengelakkan
masalah keciciran sekolah dan ponteng sekolah di kalangan anak-anak
dan perlulah ingat dasar kerajaan iaitu ‘dasar pendidikan negara’ yang
memastikan tiada keciciran dalam menuntut ilmu. Penting bagi kestabilan
negara serta dalam pembentukan sebuah keluarga berilmu dan bahagia /
mawaddah.
5.4 Memperingatkan tentang Hasrat Kerajaan inginkan rakyat berpendapatan
tinggi dan sentiasa menjalankan usaha untuk rakyat mendapatkan
Pendidikan hinggalah ke peringkat tertinggi seperti di university, kolej
atau politeknik. (khususnya di negeri PP).
5.5 Berkongsi maklumat berkaitan Industrial Park Bertam Putra, peluang penduduk di
Kepala Batas untuk menyertainya kerana terdapat pelbagai peluang kerjaya dan
keusahawanan
5.6 Melahirkan rasa dan harapan agar PIBG beri sokongan
yang kuat kepada sekolah, maka kehadiran boleh
ke sekolah dapat dipertingkatkan,dan keciciran tidak
berlaku maka mudahlah pembelajaran bagi anak-anak.
8