Page 3 - Buku Program Mesyuarat PIBG SKPK 2024
P. 3

Sekapur Sirih, Seulas


                                                      Pinang



                                           GURU BESAR SK PAYA KELADI





                   Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera
                   Syukur kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program Mesyuarat
                   Agung PIBG SK Paya Keladi Kali ke- 49 bagi tahun 2024/2025 ini. saya adalah merupakan guru
                   besar baru menggantikanEncikMior Darul Ridzuan.

                   Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG atas segala kerjasama dan penat lelah dalam
                   usaha yang dicurahkan bagi menjayakan segala aktiviti sepanjang sesi 2023/2024 serta
                   menjayakan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun ini. PIBG merupakan jambatan unik yang
                   menghubungkan masyarakat (ibubapa/penjaga) dengan warga sekolah. Justeru peranan yang
                   dimainkan bukanlah sedikit agar semua tahu dan sedar akan tanggungjawab masing-masing
                   terhadaphala tuju sekolah.

                   Besarlah harapan saya jika permuafakatan antara guru dengan ibu bapa/penjaga dapat
                   dieratkan. Dengan ini, sekaligus persefahaman dan kerjasama antara guru dengan ibu
                   bapa/penjaga dapat diwujudkan. jalinan yang penuh bermakna ini seterusnya akan memberikan
                   manfaat kepada anak-anak kita juga akhirnya. Saya mengambil kesempatan ini menjemput tuan
                   puan bermusyawarahdan berbincangdengan pihakkami.

                   Persekitaran yang sesuai amat penting bagi anak-anak untuk menimba ilmu. Sebagai pendidik
                   saya menyeru agar tuan puan memberikan sepenuh sokongan dalam setiap program dan aktiviti
                   yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala perancangan dan pelaksanaan yang dibuat adalah
                   untukkebaikan anak-anakkita bersama.

                   Dalam meniti arus kemodenan, tidak dinafikan akan ada kesalahan dan kesilapan yang tidak
                   dapat dielakkan. Idea dan pendapat bernas daripada pihak tuan puan amatlah dialu-alukan demi
                   penambahbaikanmutukerja kami.Segala kesulitanakan cuba ditanganibersama.


                   Sesungguhnya akan kami usahakan agar kita sama-sama memahami dan menghayati Falsafah
                   Pendidikan Kebangsaan Negara yang digubal sebegitu murni untuk kemakmuran dan
                   kesejahteraanwarga Malaysia.

                   Sekian, terimakasih.

                   SELAMAT BERSIDANG


                   PUAN MAZLIZA BINTI ABU BAKAR
                   GURU BESAR
                   SK PAYA KELADI






                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8