Page 4 - Buku Program Mesyuarat PIBG SKPK 2024
P. 4

Sekapur Sirih, Seulas


                                                      Pinang



                                      YANG DIPERTUA PIBG SK PAYA KELADI






                   Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera

                   Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
                   nikmat dan limpah kurnia-Nya maka saya dapat mencoretkan sepatah dua kata alu-aluan dalam
                   buku program Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 49 bagi SK Paya Keladi Sesi 2024/2025ini.

                   Selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Paya Keladi, saya ingin
                   merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah
                   memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Paya
                   Keladi kali ini. Kerjasama yang erat dan sokongan semua pihak merupakan suatu pemangkin untuk
                   menyediakan SK Paya Keladi ke arah suasana persekitaran pembelajaran yang lebih selesa untuk
                   anak-anak kita.

                   Sebagaimana kita semua maklum, objektif utama PIBG adalah untuk membantu dan bekerjasama
                   dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik,
                   kokurikulum dan sebagainya. Disamping itu, ianya merupakan satu medium untuk kita bersama-
                   sama mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul sama ada secara dalaman atau luaran.
                   Oleh yang demikian, PIBG akan berusaha dengan lebih keras, berganding bahu untuk memastikan
                   pencapaiancemerlangsekolah dapatdilonjakkan sebagai sekolah yang gemilang.

                   Akhir bicara, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
                   secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49 ini.
                   Saya mengharapkan dengan kepimpinan AJK PIBG yang baru dilantik akan dapat menambahkan
                   lagi prestasi anak-anak di SK Paya Keladi. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita
                   semua untuk membuahkan kejayaan anak-anak yang gemilang akan dimakbulkan oleh Allah
                   S.W.T.Amin.


                   Sekian, terimakasih.

                   ENCIK NORDIN BIN WAHAB
                   YANG DI PERTUA PIBG
                   SK PAYA KELADI













                                                           4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9