Page 27 - SLDN PUSAT LATIHAN
P. 27

Kemudahan  yang lengkap dengan tenaga pengajar yang berkemahiran
                                                      disediakan dengan tujuan membantu golongan belia luar bandar dan
                            1                         mereka yang berminat untuk mendapatkan persijilan


                                               Excellence Skill Academy mula melaksanakan SLDN pada tahun
                                               2008 dengan menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
                                               3 dalam bidang Refleksologi Kaki, Tangan Dan Telinga. Sehingga
                                               kini hampir 1000 orang graduan berkemahiran tinggi dalam industri
                                               terapi kesihatan telah berjaya dihasilkan. Kebanyakan mereka telah
                                               bekerja di serata negeri Sabah dan ada juga membuka perniagaan
                                               sendiri. Hal ini merupakan berkat usaha para pendidik di Excellence
                                               Skill Academy bawah pimpinan pengurusnya, Puan Stella Matuya
                                               yang juga merupakan Presiden Persatuan Pusat Latihan Kemahiran
                                               SLDN Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
                                               SLDN banyak memberi penekanan kepada latihan praktikal
                                           2   dan perantis akan didedahkan secara berterusan di industri. Ia
                                               membolehkan perantis mempertingkatkan kemahiran diri dengan
             1  Perantis  di  Excellence  Skill  Academy  lebih  pantas  dan  secara  tidak  langsung  membina  keyakinan diri
                dilatih menggunakan teknik dan cara yang   mereka apabila berada di alam pekerjaan suatu hari nanti. Ia juga
                betul bagi bidang terapi kesihatan
                                               membuka lebih banyak peluang kepada belia luar bandar dan yang
             2  Rawatan kecantikan diaplikasi terus  kurang berkemampuan untuk belajar memahirkan diri dalam bidang
                kepada pelanggan sewaktu latihan amali   yang mereka minati.
                dan dijadikan sebagai markah penilaian
                                               Harapan Excellence Skill Academy agar perantis yang tamat latihan
                                               di sini akan meneruskan kerjaya dalam bidang yang mereka pelajari,
                                               dan mengubah taraf hidup belia khususnya di Sabah dan Labuan.


                                              Saya mula menyertai SLDN pada tahun 2008 dalam bidang dandanan rambut dan
                                              diambil bekerja di Stella Beauty serta seterusnya dilantik sebagai pengajar SLDN
                                              selepas tamat latihan. Saya berasal dari keluarga yang susah dan SLDN telah
                                              banyak membantu meningkatkan pendapatan sebanyak RM1,800.00 sebulan. Saya
                                              kini mampu untuk hidup lebih selesa dan menyara kehidupan diri dan keluarga. Saya
                                              menyeru agar belia di luar sana mengambil peluang untuk menyertai SLDN kerana ia
                                              dapat meningkatkan kemahiran seseorang seterusnya membantu menaikkan taraf
                                              kehidupan mereka.
                                                                                          Sila
                                                                                          imbas
                                              JENNIFER JUSS                               untuk
                                              PENGAJAR SLDN                               video  

                                                                                                       25
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32