Page 33 - SLDN PUSAT LATIHAN
P. 33

Kolej Vokasional (KV) Kajang mula melaksanakan
                                                           program SLDN pada tahun 2011 dan menurut
                                                           Encik Azmi Bin Arshad, sistem ini sememangnya
                                                           berorientasikan industri kerana perantis akan terus
                                                           didedahkan kepada pekerjaan sebenar di samping
                                                           mengikuti perkembangan teknologi yang sedia ada.

                                                           Hingga kini, KV Kajang telah melahirkan lebih daripada
                                                           300 orang graduan dalam kursus Sijil Kemahiran
                                                           Malaysia Tahap 3 dalam bidang Perkhidmatan
                                                           Diagnostik - Kenderaan Ringan dan penekanan SLDN
                                                           ke atas latihan praktikal secara langsung di bengkel
              1                                            telah meningkatkan taraf kemahiran para graduan ini.
                                                           Di samping itu, antara kejayaan yang diterima oleh
                                                           KV Kajang adalah menjuarai pertandingan kemahiran
                                                           KVSkills di Malaysia.
                                                           Bagi Encik Azmi Bin Arshad, kejayaan ini adalah sangat
                                                           bermakna bagi KV Kajang dan juga perantis yang
                                                           terlibat. Harapan beliau pada para perantis agar mereka
                                                           semua berjaya dan memanfaatkan ilmu yang ada untuk
                                                           masa depan mereka sendiri. Menurut beliau juga, belia
                                                           di luar yang ingin mempelajari bidang kemahiran tetapi
                                                           tidak  pasti  hala  tujunya,  SLDN  adalah  satu  pilihan
                                                           terbaik untuk mengembangkan bakat kemahiran pada
                                                           diri mereka.
              2
                                                           1  Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang
                                                              menekankan kepada asas penyelengaraan automotif
                                                           2 & 3  Pendedahan kepada teknologi dan kenderaan sebenar
                                                                sebelum perantis diserap ke syarikat kerjasama untuk
                                                                latihan praktikal
                                                           4  Perantis diberi peluang menyelenggara enjin bagi persediaan
                                                              pertandingan kemahiran























              3                                             4

                                                                                                       31
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38