Page 45 - SLDN PUSAT LATIHAN
P. 45
Para perantis dan tenaga pengajar di SMV Global Academy berpeluang
untuk memperagakan hasil jahitan melalui kursus SLDN kepada orang ramai
SMV Global Academy mula melaksanakan SLDN tahun 2014
dengan menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
2 dan 3 dalam bidang Perkhidmatan Estetik, Perkhidmatan
Terapi Estetik, Pengurusan Pejabat dan Pembuatan Pakaian
Wanita. Menurut Puan Nagajothi Sivabalan, ia memberi banyak
ruang kepada perantis untuk mengasah kemahiran mereka
dalam suasana kerja sebenar. Konsep bekerja sambil belajar
amat penting dalam membina keyakinan diri perantis di pusat
latihan ini. Hingga kini, SMV Global Academy telah berjaya
menghasilkan lebih daripada 300 orang graduan di mana
kebanyakan mereka telah pun mendapatkan pekerjaan dan
mempunyai perniagaan sendiri.
Beliau menyeru belia di luar sana agar menyertai SLDN kerana
ia dapat mempertingkatkan kemahiran diri untuk kegunaan
pada masa akan datang. Selain itu, ia memberi peluang kepada
mereka untuk mengasah minat di samping memperkukuhkan
ekonomi diri dan keluarga.
Saya merupakan bekas perantis SLDN bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap
3 dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita di SMV Global Academy (M) Sdn. Bhd.
sebelum diserap menjadi pengajar SLDN di sini. Justeru, berbekalkan pengalaman
dan kemahiran yang saya miliki, saya mampu memimpin perantis yang pada awalnya
tiada asas sehingga mahir dalam bidang tersebut. Hal ini secara tidak langsung
dapat menambah keyakinan diri mereka untuk menempuh alam pekerjaan selepas
menamatkan latihan ini termasuklah kepada sasaran kami iaitu golongan surirumah
dan ibu tunggal.
Sila
imbas
SUGHA untuk
PENGAJAR SLDN video
43