Page 49 - SLDN PUSAT LATIHAN
P. 49

1                                                            2

             1 & 2  Sesi pengajaran kelas asas kemahiran menggunakan model sebenar dalam situasi kelas yang
                  kondusif dan selesa merupakan amalan MJ by MUS
            Swepp Academy melalui jenama “MJ by Mus” telah ditubuhkan dengan tujuan
            untuk mengetengahkan fesyen dan aksesori etnik Sabah. Seawal tahun 2001,
            Puan Mary Jim telah membuka perniagaan butik perkahwinan tetapi mengalami
            kekangan dari segi tenaga kerja berpengalaman. Beliau kemudian mengambil
            peluang untuk melaksanakan SLDN yang tertumpu kepada perniagaan butik
            kecantikan dan spa namun pada tahun 2015, Mary Jim membuat keputusan
            untuk menukar strategi kepada rekabentuk etnik kreatif Sabah. Antara bidang
            latihan yang  ditawarkan adalah Sijil Kemahiran  Malaysia Tahap  3 Penyelia
            Pakaian Wanita.
            Menurut beliau lagi, SLDN banyak memberi manfaat di mana syarikat berpeluang
            mengembangkan lagi perniagaan, manakala perantis pula berpeluang untuk
            meneroka perniagaan sendiri dengan kemahiran yang diperolehi. Peluang
            yang  diberikan  SLDN  banyak menolong  mereka  untuk  memajukan  industri
            kreatif di peringkat nasional dan antarabangsa.

            Swepp Academy sejak dari tahun 2007 telah berjaya melahirkan lebih daripada
            2000 orang graduan yang bekerja sehingga ke luar negara dan berjaya dalam
            perniagaan mereka sendiri. Namun begitu, erti kejayaan sebenar buat Puan
            Mary  Jim  adalah  apabila  perantis  bimbingan  beliau  menjadi  seorang  yang
            mahir dari segi kerjaya, keluar dari belenggu kemiskinan dan berguna pada
            masyarakat.
                                         Karya bermotifkan tradisional etnik Sabah
                                         hasil rekaan perantis yang diperagakan
                                         oleh model di kalangan perantis sendiri



                                              SLDN sememangnya memberi impak menerusi peningkatan pengetahuan dan
                                              kemahiran kepada mereka yang ingin maju dalam bidang rekaan fesyen. Selain
                                              itu, ia juga dapat membantu belia dalam melatih diri menjadi seorang pekerja yang
                                              mahir dan kreatif berbekalkan Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan.
                                              Perubahan ketara dapat dilihat pada tahap keyakinan diri perantis berbanding
                                              sebelum mengikuti kursus latihan di MJ by MUS ini.

                                                                                          Sila
                                              EVA JENNIFER MUTANG                         imbas
                                                                                          untuk
                                              PENGAJAR SLDN
                                                                                          video  
                                                                                                       47
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54