Page 10 - SADN1033 KUMP 10
P. 10

Malaysia unik di mata dunia kerana antara salah satu negara di dunia
                                                yang mempunyai keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar
                                                belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Secara
                                                umumnya,  rakyat  Malaysia  terdiri  dari  kaum  Melayu,  Cina  dan  India,
                                                namun  negara  ini  juga  dihuni  oleh  kaum  asli,  Iban,  Bidayuh,  Singh
                                                Baba  Nyonya,  Portugis  dan  banyak  lagi.  Hidup  secara  harmoni,
                                                masyarakat  malaysia  menghormati  antara  satu  sama  lain  dan  hidup
                                                tanpa  mengenal  erti  perbezaan  budaya.  Mereka  saling  berhubungan
                                                dengan  menggunakan  bahasa  Melayu  yang  diiktiraf  sebagai  bahasa
     BAHAGIAN 2                                 kebangsaan  dalam  pertuturan  harian  sehingga  membolehkan  mereka
                                                bertutur  dengan  fasih.  Keadaan  ini  menunjukkan  bahawa  masyarakat
     MALAYSIA                                   Malaysia  dapat  hidup  bersatu  walaupun  mempunyai  bahasa,  agama

                                                dan kepercayaan yang berbeza.
     NEGARA HARMONI                             Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai sebuah negara

                                                dengan  identiti  nasional  tersendiri,  penubuhan  ini  diikuti  dengan
                                                pembentukan  satu  bangsa  Malaysia  yang  saling  bertolak  ansur  dan
                                                sentiasa  memahami  segala  adat  atau  kepercayaan  setiap  kaum  atau
                                                dengan kata lain menghormati antara satu sama lain.

                                                Kumpulan  etnik  di  Malaysia  telah  diberikan  kebebasan  dalam
                                                mengamalkan  cara  hidup  masing-masing  termasuklah  perkara  yang
                                                berkait  dengan  warisan  budaya.  Hal  ini  memberikan  ruang  pada
                                                pembentukan  kesepaduan  sosial  yang  secara  tidak  langsung
                                                mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia.





















































      Halaman 5
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15