Page 7 - SADN1033 KUMP 10
P. 7

04                    PENGENALAN


























































                                                                                                  M A L A Y S I A







        Definisi Bangga menurut Dewan bahasa Malaysia iaitu megah atau besar hati. Ini la yang kumpulan
        kami cuba sampaikan melalui e majalah ini. Negara yang terdiri daripada 14 negeri yang mempunyai
        tradisi dan budaya yang berbeza mengikut kaum. Malaysia sebuah negara yang mempunyai
        masyarakat majmuk yang terdiri daripada masyarakat melayu, cina dan india. Kuwujudan masyarakat
        majmuk ini melalui sistem demokrasi yang dijalankan oleh negara ini sejak mengecapi kemerdekaan
        pada 64 tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, kita di Malaysia hidup aman dan damai yang berbilang
        kaum kerana amalan memupuk nilai-nilai murni sesama sendiri. Persis kata mutiara, Bersatu Teguh
        Bercerai Roboh.

        Erti menjadi rakyat Malaysia adalah kebersamaan sesama kita. Kebersamaan antara kita sebagai rakyat
        Malaysia dapat ditakrifkan sebagai sumber kekuatan negara. Negara Malaysia yang mempunyai
        kepelbagaian budaya, tradisi, dan adat seperti jenis makanan, jenis pakaian, jenis tarian, jenis musik
        dan sebagainya, adalah membuktikan kita hidup secara harmoni. Keharmonian tercipta kerana kita
        saling menghormati budaya dan tradisi antara kaum dan agama. Yang lebih membanggakan, saya
        adalah salah seorang rakyat dari negara yang harmoni iaitu negara Malaysia.


                                                                                                     Halaman 2
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12