Page 4 - LAPORAN OPERASI DAN AKTIVITI PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT 2023
        P. 4
     AMANAT
                                                 PENGARAH
                                                    JAHEAIK
              Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
              Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT. Selawat dan salam
              atas  junjungan  besar  Nabi  Muhammad  SAW  yang  telah
              memperjuangkan  Amanah  Allah  dengan  penuh  ketabahan  dan
              kegigihan.
              Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2023 adalah merupakan laporan
              tahunan  yang  julung  kali  diterbitkan  di  peringkat  Jajahan.  Laporan  Tahunan  2023  ini
              merupakan satu inisiatif yang membanggakan dan membuktikan semangat kebersamaan serta
              komitmen kita dalam menjayakan program merakyatkan Membangun Bersama Islam.
              Laporan Tahunan ini adalah wadah untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan maklumat. Saya
              mengharapkan  agar  liputan  peristiwa  yang  terdapat  di  dalamnya  dapat  memberi  manfaat
              kepada  Masyarakat.  Laporan  Tahunan  ini  merupakan  hasil  daripada  usaha  bersungguh-
              sungguh,  pengetahuan  yang  mendalam  serta  kerjasama  erat  setiap  kakitangan  di  Pejabat
              Agama Jajahan Tumpat. Saya ingin megucapkan terima kasih kepada sidang redaksi yang telah
              bertungkus lumus untuk menjadikan Laporan Tahunan ini sebagai rujukan kepada Masyarakat.
              Semoga  Laporan  Tahunan  ini  menjadi  satu  sumber  inspirasi  dan  ilmu  yang  berkekalan,
              membawa keberkatan kepada Jajahan Tumpat.
              Akhir  Kalam,  saya  mendoakan  kesejahteraan  buat  seluruh  warga  Pejabat Agama  Jajahan
              Tumpat  untuk  terus  berusaha  gigih  mencipta  kejayaan  dan  untuk  memastikan  agar
              penghayatan syiar Islam terus dimartabatkan di negeri ini. Insha Allah..
              Sekian Terima Kasih.
              YB Dato’ Lela Perkasa
              Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh
              Pengarah
              Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan
  PAJT
            3





