Page 5 - LAPORAN OPERASI DAN AKTIVITI PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT 2023
P. 5
KATA PENGHANTAR
PEGAWAI AGAMA JAJAHAN TUMPAT
ميحرلا نمحرلا الله مسب
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Dengan rendah hati, saya memulakan aluan ini dengan rasa
syukur yang mendalam dan gembira kerana dengan limpahan rahmat
dari Allah, buku Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama
Jajahan Tumpat Bagi Tahun 2023 telah selamat dibukukan.
Alhamdulillah.
Sepanjang tahun 2023, lebih dari 70 program di dalam berbagai format, sempat dilaksanakan
dengan jayanya serta memenuhi objektif yang digariskan. Program meliputi bengkel, forum, seminar,
ceramah umum, kem remaja, dialog,bual-bicara dan lain-lain lagi, merangkumi program-program yang
ditetapkan oleh pihak JAHEAIK atau MAIK, program yang dianjurkan melalui Jawatan Pembangunan
Islam, Dakwah dan Hubungan seranta Jajahan Tumpat, serta program-program lain yang dianjurkan
berdasar kepada isu-isu semasa, samaada secara persendirian oleh pejabat agama sendiri atau secara
kerjasama dengan agensi-agensi lain seperti pihak masjid, SPRM, KDN, MKN dan lain-lain lagi.
Walau seberapa banyak program yang telah dianjurkan oleh Pejabat Agama Jajahan Tumpat
sepanjang tahun 2023, namun tugasan dan operasi utama pejabat agama tetap berjalan dengan lancar di
dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sekitar.
Bagi urusan kebenaran perkahwinan, sebanyak 2,144 kebenaran telah dikeluarkan, sijil nikah
sebanyak 1,602 pasang , sijil cerai sebanyak 321 pasang , rujuk sebanyak 25 pasang , penganjuran
kursus pra perkahwinan kepada seramai 1,200 orang remaja, serta telah menjanakan hasil sebanyak RM
314,636.00 sebagai hasil kepada kerajaan negeri melalui fee perkhidmatan serta pendaftaran kursus pra
perkahwinan yang di anjurkan.
Begitu juga di bahagian penguatkuaan undang-undang Syariah, sebanyak 65 kes telah diangkat
ke bhgn pendakwaan ( 12 kes khalwat, 48 kes tidak sopan dan lain-lain kes sebanyak 6 kes ) serta
melibat penghasilan RM 80,980.00 dalam bentuk denda yang dikenakan kepada yang didapati bersalah
di Mahkamah Syariah Tumpat sebagai hasil kerajaan negeri.
Akhir kata saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua warga kerja Pejabat Agama Jajahan Tumpat yang telah berhempas pulas di dalam menjayakan
semua program dan aktiviti. Tidak ketinggalan diucapkan juga jutaan terima kasih dan penghargaan
kepada semua pihak yang bersama dengan Pejabat Agama Jajahan Tumpat sepanjang tahun 2023,
samaada yang memberi sokongan dan kerjasama, yang bertindak sebagai rakan strategik, yang
berkaliborasi bersama, serta lain-lain hubungan dua hala yang menjayakan semua program dan aktiviti
yang telah dianjurkan. Semoga program dan aktiviti lebih cemerlang pada masa hadapan. Segala
kekurangan harap dimaafkan dan akan diperbaiki pada masa hadapan. Siru ‘ala barakatilLah.
Sekian Terima Kasih.
NIK AHMAD ZUHDI BIN NIK YAACOB
Pegawai Agama Jajahan Tumpat
Pejabat Agama Jajahan Tumpat
PAJT
4