Page 5 - LAPORAN OPERASI DAN AKTIVITI PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT 2023
P. 5

KATA PENGHANTAR


                            PEGAWAI AGAMA JAJAHAN TUMPAT


                                        ﻢﯿﺣﺮﻟا ﻦﻤﺣﺮﻟا ﷲ ﻢﺴﺑ


               Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
               Penyayang. Dengan rendah hati, saya memulakan aluan ini dengan rasa
               syukur yang mendalam dan gembira kerana dengan limpahan rahmat
               dari Allah,  buku  Laporan  Operasi  Dan  Aktiviti  Pejabat Agama
               Jajahan Tumpat Bagi  Tahun 2023  telah selamat dibukukan.
               Alhamdulillah.

                       Sepanjang tahun 2023, lebih dari 70 program di dalam berbagai format, sempat dilaksanakan
               dengan jayanya serta memenuhi objektif yang digariskan. Program meliputi bengkel, forum, seminar,
               ceramah umum, kem remaja, dialog,bual-bicara dan lain-lain lagi, merangkumi program-program yang
               ditetapkan oleh pihak JAHEAIK atau MAIK, program yang dianjurkan melalui Jawatan Pembangunan
               Islam, Dakwah dan Hubungan seranta Jajahan Tumpat, serta program-program lain yang dianjurkan
               berdasar kepada isu-isu semasa, samaada secara persendirian oleh pejabat agama sendiri atau secara
               kerjasama  dengan agensi-agensi lain seperti pihak masjid, SPRM, KDN, MKN dan lain-lain lagi.

                       Walau seberapa banyak program yang telah dianjurkan oleh Pejabat Agama Jajahan Tumpat
               sepanjang tahun 2023, namun tugasan dan operasi utama pejabat agama tetap berjalan dengan lancar di
               dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat sekitar.
                       Bagi urusan kebenaran perkahwinan, sebanyak 2,144 kebenaran telah dikeluarkan, sijil nikah
               sebanyak 1,602 pasang , sijil cerai sebanyak 321 pasang , rujuk sebanyak 25 pasang , penganjuran
               kursus pra perkahwinan kepada seramai 1,200 orang remaja, serta telah menjanakan hasil sebanyak RM
               314,636.00 sebagai hasil kepada kerajaan negeri melalui fee perkhidmatan serta pendaftaran kursus pra
               perkahwinan yang di anjurkan.
                       Begitu juga di bahagian penguatkuaan undang-undang Syariah, sebanyak 65 kes telah diangkat
               ke bhgn pendakwaan ( 12 kes khalwat, 48 kes tidak sopan dan lain-lain kes sebanyak 6 kes ) serta
               melibat penghasilan RM 80,980.00 dalam bentuk denda yang dikenakan kepada yang didapati bersalah
               di Mahkamah Syariah Tumpat sebagai hasil kerajaan negeri.
                       Akhir kata saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
               semua warga kerja Pejabat Agama Jajahan Tumpat yang telah berhempas pulas di dalam menjayakan
               semua program dan aktiviti. Tidak ketinggalan diucapkan juga jutaan terima kasih dan penghargaan
               kepada semua pihak yang bersama dengan Pejabat Agama Jajahan Tumpat sepanjang tahun 2023,
               samaada  yang  memberi  sokongan  dan  kerjasama,  yang  bertindak  sebagai  rakan  strategik,  yang
               berkaliborasi bersama, serta lain-lain hubungan dua hala yang menjayakan semua program dan aktiviti
               yang telah dianjurkan. Semoga program dan  aktiviti lebih cemerlang pada  masa hadapan. Segala
               kekurangan harap dimaafkan dan akan diperbaiki pada masa hadapan.  Siru ‘ala barakatilLah.
               Sekian Terima Kasih.




               NIK AHMAD ZUHDI BIN NIK YAACOB
               Pegawai Agama Jajahan Tumpat
               Pejabat Agama Jajahan Tumpat





                                                                                                                       PAJT
                                                                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10