Page 6 - LAPORAN OPERASI DAN AKTIVITI PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT 2023
P. 6

DARI MEJA PENA




                              KETUA EDITOR / PENGARANG








               Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


               Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

               Alhamdulillah, segala puji ditujukan kepada Allah SWT, Tuhan yang memiliki sekalian alam ini.
               Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.


                      Laporan ini memaparkan perjalanan yang serta pencapaian yang telah dicapai oleh Pejabat
               Agama Jajahan Tumpat sepanjang tahun 2023.  Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah
               diucapkan kepada Sidang Redaksi  Pejabat  Agama Jajahan  Tumpat atas kerjasama dan  usaha

               menjayakan Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2023.


                      Tujuan laporan ini diterbitkan adalah untuk berkongsi tentang aktiviti-aktiviti dan pencapaian
               sepanjang  tahun 2023 dari sudut pelaksanaan pelbagai program keagamaan  hingga penyediaan

               perkhidmatan kepada masyarakat. Laporan ini mencerminkan komitmen serta usaha yang tidak kenal
               lelah dari setiap individu yang bertugas di Pejabat Agama. Setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah
               hasil daripada semangat kebersamaan dan tekad untuk menyampaikan nilai-nilai keagamaan kepada

               masyarakat.

                      Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat,

               dari jawatankuasa hingga sukarelawan, yang telah bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat
               ini. Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima oleh Allah.

                      Akhir kata, marilah kita teruskan perjuangan ini dengan penuh kesabaran dan keikhlasan,

               mendekatkan diri kepada  Allah, serta menjadikan  setiap  aktiviti  dakwah  sebagai ibadah  yang
               mendatangkan keredhaan-Nya.

               Sekian Terima Kasih,




               AMEER AL SADAT BIN ANUAR AL SADAT

               Ketua Editor / Pengarang
               Laporan Operasi Dan Aktiviti 2023

               Pejabat Agama Jajahan Tumpat




  PAJT
            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11