Page 4 - LAPORAN AKTIVITI DAN OPERASI PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT 2024
P. 4

AMANAT


                                                 PENGARAH


                                                    JAHEAIK





              Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


              Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah SWT. Selawat dan salam
              atas junjungan besar Nabi Muhammad  SAW yang telah

              memperjuangkan  Amanah  Allah dengan penuh ketabahan dan
              kegigihan.


              Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2023 adalah merupakan laporan

              tahunan yang julung kali  diterbitkan di peringkat Jajahan. Laporan  Tahunan 2023 ini
              merupakan satu inisiatif yang membanggakan dan membuktikan semangat kebersamaan serta

              komitmen kita dalam menjayakan program merakyatkan Membangun Bersama Islam.


              Laporan Tahunan ini adalah wadah untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan maklumat. Saya

              mengharapkan agar liputan peristiwa yang terdapat di dalamnya dapat memberi manfaat

              kepada Masyarakat. Laporan  Tahunan ini merupakan hasil daripada  usaha bersungguh-

              sungguh, pengetahuan yang mendalam serta kerjasama erat setiap kakitangan di Pejabat
              Agama Jajahan Tumpat. Saya ingin megucapkan terima kasih kepada sidang redaksi yang telah

              bertungkus lumus untuk menjadikan Laporan Tahunan ini sebagai rujukan kepada Masyarakat.
              Semoga Laporan  Tahunan ini menjadi satu sumber inspirasi dan ilmu yang berkekalan,

              membawa keberkatan kepada Jajahan Tumpat.


              Akhir Kalam, saya mendoakan kesejahteraan buat seluruh warga Pejabat Agama Jajahan

              Tumpat untuk terus berusaha gigih mencipta kejayaan dan untuk memastikan agar
              penghayatan syiar Islam terus dimartabatkan di negeri ini. Insha Allah..


              Sekian Terima Kasih.






              YB Dato’ Lela Perkasa
              Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh
              Pengarah
              Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan






  PAJT
            3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9