Page 6 - LAPORAN AKTIVITI DAN OPERASI PEJABAT AGAMA JAJAHAN TUMPAT 2024
P. 6
DARI MEJA PENA
KETUA EDITOR / PENGARANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, segala puji ditujukan kepada Allah SWT, Tuhan yang memiliki sekalian alam ini.
Selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Laporan ini memaparkan perjalanan yang serta pencapaian yang telah dicapai oleh Pejabat
Agama Jajahan Tumpat sepanjang tahun 2023. Sekalung penghargaan, penghormatan dan tahniah
diucapkan kepada Sidang Redaksi Pejabat Agama Jajahan Tumpat atas kerjasama dan usaha
menjayakan Laporan Operasi Dan Aktiviti Pejabat Agama Jajahan Tumpat 2023.
Tujuan laporan ini diterbitkan adalah untuk berkongsi tentang aktiviti-aktiviti dan pencapaian
sepanjang tahun 2023 dari sudut pelaksanaan pelbagai program keagamaan hingga penyediaan
perkhidmatan kepada masyarakat. Laporan ini mencerminkan komitmen serta usaha yang tidak kenal
lelah dari setiap individu yang bertugas di Pejabat Agama. Setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah
hasil daripada semangat kebersamaan dan tekad untuk menyampaikan nilai-nilai keagamaan kepada
masyarakat.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat,
dari jawatankuasa hingga sukarelawan, yang telah bersama-sama berusaha untuk mencapai matlamat
ini. Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima oleh Allah.
Akhir kata, marilah kita teruskan perjuangan ini dengan penuh kesabaran dan keikhlasan,
mendekatkan diri kepada Allah, serta menjadikan setiap aktiviti dakwah sebagai ibadah yang
mendatangkan keredhaan-Nya.
Sekian Terima Kasih,
AMEER AL SADAT BIN ANUAR AL SADAT
Ketua Editor / Pengarang
Laporan Operasi Dan Aktiviti 2023
Pejabat Agama Jajahan Tumpat
PAJT
5