Page 11 - Initiatif Kerajaan 2.0 REMAKE FOR FLIPBOOK HOPE (1)_Neat
P. 11
Pandangan dan Cadangan Pemimpin
Mengenai Usaha Kerajaan Melalui DKK
Tun Dr Mahathir Mohamad
• “Semangat yang ditunjukkan masyarakat dalam meraikan dan berkongsi
kemeriahan perayaan pelbagai kaum dan agama merupakan petanda baik
untuk pembangunan negara”. Perdana Menteri berkata hubungan rapat
antara kaum membolehkan pelbagai lapisan masyarakat merayakan semua
hari kebesaran bersama-sama.
• "Ini sudah tentu menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan negara
kita dan sekali gus negara dapat dibangunkan dan memberi kebahagiaan
kepada rakyat.
• "Jika tidak ada keamanan, banyak wang dihabiskan kerana pemusuhan dan
ramai yang cedera parah, sudah tentu negara tidak dapat dibangunkan,"
katanya berucap pada majlis Rumah Terbuka Deepavali 2018 di Dataran
Rembau, di sini malam tadi, yang turut dihadiri Undang Luak Rembau
Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman.