Page 13 - Initiatif Kerajaan 2.0 REMAKE FOR FLIPBOOK HOPE (1)_Neat
P. 13
Sebab Wujudnya DSN
• Sukan dan sebagainya merupakan sebahagian aktiviti hidup rakyat dan penduduk
yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan perhubungan
antarabangsa;
• "Sukan Untuk Masyarakat", ringkasnya (SUM) rnerujuk kepada aktiviti rekreasi
fizikal dan sukan yang berlaku secara spontan atau diuruskan dengan tujuan
menggalakkan penyertaan yang lebih luas dan bukan semata-mata untuk
pertandingan.
• Sukan juga adalah satu penglibatan pembangunan sosial melalui penyertaan
beramai-ramai sama ada ahli keluarga, sahabat handai, masyarakat setempat dan
masyarakat asing - semuanya menggalakkan pergaulan, persaingan yang sihat dan
mengeratkan perhubungan sosial serta melahirkan masyarakat yang tidak
mengasingkan diri.
• Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat
di kalangan rakyat dan penduduk berbagai keturunan dan status sosial dan
menghindarkan hidup berpuak dalam masyarakat;