Page 18 - SISTEM PNEUMATIK
        P. 18
     Sumber:
                                                                                                      SMC Pneumatic
                                       Gambarajah 2.1 : Tekanan daya ke atas omboh
                   2.1.3  Daya
                   Unit untuk daya ialah Newton.  Formulanya ialah:
                      Daya = Tekanan x Keluasan
                   Pada  masa  kini  dengan  adanya  bahan  serta  teknologi  pembuatan  silinder  di  mana  ianya
                   mempunyai  tahap  geseran  yang  rendah.  Formula  untuk  mengira  daya  efektif  ,  Feff  dengan
                   anggaran 10% kerugian ialah:
                           Feff = P x D2 x 7
                   Di mana unit daya efektif dalam Newton, unit tekanan dalam bar dan diameter ( D2 ) dalam
                   sm2.
                   2.1.4  Dew Point
                   Wap air terdapat  dalam  udara sekeliling. Jumlah wap air yang ada boleh berubah mengikut
                   perubahan suhu.  Apabila kita menyatakan bahawa udara telah padat dengan air, ianya dikenali
                   sebagai  “Dew  Point”.  Jadual  2.1  menunjukkan  perkadaran  penyejatan  air  di  dalam  udara
                   berbanding suhu.
                                                                                               Sumber:
                                                                                               SMC Pneumatic
                                         JaduaL 2.2  : Penyejatan air di dalam udara
                   Untuk  mendapatkan  kandungan  air  dalam  udara,  lakarkan  garisan  oC  kepada  lengkung  dan
                   tudingkan  (ukuran  kedua  ialah  kepada  bahagian  kiri  graf  iaitu  turus  gH20/m3  untuk
                   mendapatkan nilai air yang maksimum.   Kelembapan bandingan ( Relative Humudity) adalah
                                                                                                                 9
     	
