Page 20 - SISTEM PNEUMATIK
P. 20
Semburan udara untuk tujuan pembersihan.
Mengembangkan tayar kenderaan.
Memulakan enjin diesel yang besar
Mengendalikan alatan kawalan, injap dan sebagainya.
Udara ialah gabungan dari beberapa jenis gas yang menyelubungi bumi sehingga ketinggian 50,000
meter dari aras laut. Tekanan udara berkadar songsang dengan altitud atau tinggi, iaitu tekanan
udara akan berkurangan pada altitud yang tinggi. Titik rujukan ialah aras laut di mana tekanan udara
(atmosfera) ialah 1.01325 bar (101.325 kPa). Pada aras 100 meter di atas permukaan laut, tekanan
udara ialah 1.00 bar (100 kPa) bagi setiap 100 meter. Apabila pemampat udara dikendalikan pada
altitud tinggi, kecekapannya akan berkurangan.
2.3 JENIS-JENIS PEMAMPAT
Pemampat udara boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama seperti di bawah.
Pemampat
Jenis Anjakan Positif Jenis Dinamik
i. Jenis salingan i. Jenis aliran jejari
ii. Jenis putaran ii. Jenis aliran paksi
2.3.1 Pemampat Jenis Anjakan Positif
Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan isipadu udara atau gas
yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana tekanan akan meningkat apabila isipadu
tersebut dikurangkan. Pemampat udara anjakan positif biasa digunakan di dalam loji-loji
pemampat udara untuk kawalan pneumatik. Pemampat ini terdiri dari dua jenis yang utama
iaitu jenis salingan dan berputar.
Pemampat jenis anjakan positif terbahagi kepada dua kategori iaitu :-
1. Pemampat jenis salingan
2. Pemampat jenis putaran
2.3.1.1 Pemampat Jenis Salingan
Pemampat jenis salingan terbahagi kepada dua :-
1. pemampat omboh satu peringkat dan dua peringkat
2. pemampat jenis gegendang
11