Page 19 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 19
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
Beberapa faktor risiko yang melibatkan persekitaran, biologi dan genetik
17
adalah penyumbang kepada berlakunya Autisma .
Gen: Kebanyaka pakar bersetuju bahawa gen atau genetik adalah
faktor risiko utama yang menjadikan seseorang mendapat masalah
Autisma (ASD).
Sejarah Adik-beradik: Kanak-kanak dengan adik-beradik yang
ada masalah Autisma (ASD) adalah berisiko lebih tinggi
mendapatnya.
Ubat-ubatan semasa kehamilan: Terdapat sesetengah ubat yang
merisikokan seseorang mendapat masalah kecacatan fizikal dan juga
kecacatan mental apabila ibu yang mengandung mengambilnya
seperti ubat anti sawan Valproic, Thalidomide dsbgnya.
Kromosom Abnormal: ASD lebih berisiko berlaku di kalangan
seseorang dengan kromosom abnormal seperti penyakit Sindrom
18
Fragile X dan Tuberous Sclerosis .
19
Umur Ibubapa: Ibubapa yang lebih tua di dapati mempunyai risiko
yang lebih tinggi mendapat anak dengan masalah Autisma (ASD).
17 https://www.cdc.gov/ncbddd/autism/facts.html
18 https://ghr.nlm.nih.gov/condition/fragile-x-syndrome
19 https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tuberous-sclerosis/symptoms-causes/syc-20365969
19 | P a g e