Page 15 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 15
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
Jenis Autisma (ASD) adalah termasuk kepada 6 jenis , iaitu :
12
Autisma Klasik
Sindrom Asperger
PDD-NOS (Pervasive Developmental Disorder Not Otherwise Specified)
Kelainan Rett
Hiperleksia ADD/ADHD
Kelainan Disintegrasi Masa Kanak-kanak (CDD)
Semua jenis Autisma ini telah di klasifikasikan dalam Spektrum Penyakit
Autisma (ASD). Kecacatan dalam penghidupan yang normal bagi kanak-
kanak ini adalah satu cabaran yang besar untuk mereka hidup dalam
masyarakat dan masyarakat perlu memahami masalah mereka untuk
kefahaman dan tolak ansur masyarakat.
Edisi terbaru daripada manual American Psychiatric Association, The
Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5), tidak
memberikan kategori secara khusus untuk subkategori Autisma (ASD),
tetapi ia memasukkan spektrum simptom dan tahap severiti dalam satu
kategori. Dahulu diagnosa boleh di asingkan sebagai Autisma atau
Sindrom Asperger , tetapi berdasakan kriteria baru ini maka diagnosa utk
13
kedua-dua ini di jadikan sebagai ‘Spektrum Penyakit Autisma ; ASD) .
12 https://www.cdc.gov/ncbddd/autism/signs.html
13 https://www.nimh.nih.gov/health/topics/autism-spectrum-disorders-asd/index.shtml
15 | P a g e