Page 11 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 11
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
Simptom dan gejala ini juga ada kepada kanak-kanak dengan Sindrom
Asperger, oleh kerana itu ia telah di kategorikan dalam Gangguan
Spektrum Autisma (ASD).
Jika anda perhatikan terdapat persamaan kelakuan dan perangai kanak-
kanak dengan masalah Autisma ini. Kajian menunjukkan. tabiat dan
kelakuan ini boleh berterusan sehingga ke dewasa . Beberapa kelakuan
9
yang menjadi tanda utama Autisma adalah:
Keperluan dan kehendak yang kuat untuk mengulang-ulang sesuatu
kelakuan atau tabiat yang sama
Kelakuan berulang-ulang yang tidak boleh di hentikan (kompulsif)
Terlalu fokus kepada sesuatu perkara dan minat yang menghasilkan
sesuatu yang luar biasa seperti lukisan yang cantik atau seni tulisan
(khat) yang cantik
Minat yang mendalam dan konsisten tentang sesuatu topik seperti
nombor, mathematik, fakta atau komputer dan sebagainya
Aktiviti fizikal yang berulang-ulang seperti menghantukkan kepala,
melambai-lambai tangan atau kaki, berpusing-pusing, menjentik-
jentik jari, menggaru-garu tanpa gatal, menjerit-jerit, mendengus-
dengus, mengisar gigi, mengetuk-ngetuk jari, meraba permukaan
sesuatu dan melukis-lukis dengan jari.
9
https://www.nimh.nih.gov/health/topics/autism-spectrum-disorders-asd/index.shtml
11 | P a g e