Page 6 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 6
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
tinggi, karbohidrat halus, lemak trans, pengawet, perasa dan perwarna yang
boleh menyebabkan gangguan metabolisma.
Autisma juga di kaitkan dengan masalah stres ibu mengandung yang
berlebihan semasa mengandung yang juga menyebabkan gangguan
hormon semasa mengandung.
Pada pendapat saya ia berlaku kerana pelbagai faktor yang terjadi semasa
proses persenyawaan, kehamilan dan pemakanan selepas kelahiran dan
juga faktor genetik. Hanya menyalahkan satu faktor tidak dapat
memberikan kesimpulan yang kukuh kerana terdapat banyak kelemahan
untuk hanya meletakkan punca autisma dari satu faktor sahaja.
Terdapat juga beberapa penyakit seperti autisma yang telah di letakkan
dalam kumpulan ‘Autisma Spectrum Disorder; ASD seperti penyakit
Sindrom Asperger, ADHD/ADD dan Sindrom Tourette. Ia akan
menjadikan pengesanan dan diagnosis autisma bertambah. Jika di kesan
awal, maka rawatan boleh dimulakan awal dan kanak-kanak akan
mempunyai peluang lebih baik untuk perkembangan mental dan sosial
untuk masa depan mereka.
6 | P a g e