Page 9 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 9
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
Autisma di panggil sebagai masalah spektrum kerana ia boleh terjadi
dengan simptom yang ringan dan sehingga kepada simptom yang sangat
teruk sehingga kanak-kanak tidak mampu menjaga diri mereka sendiri .
6
Simptom Autisma ini akan saya berikan dalam bab seterusnya dan kanak-
kanak dengan Autisma selalunya tidak akan berminat dengan banyak
aktiviti biasa kanak-kanak normal yang lain. Simptom Autisma selalunya
mula berlaku seawal umur 2 tahun kehidupan dalam 80 ke 90% kes yang
7
berlaku .
Pihak CDC di USA membuat anggaran 1 daripada 68 kanak-kanak di
kenalpasti sebagai pengidap masalah Autisma dan majoriti pengidap
Autisma adalah kanak-kanak lelaki dengan kekerapan 4.5 kali ganda.
Kanak-kanak lelaki yang mengalami masalah autisma adalah 1 dalam 42
8
orang dan kanak-kanak perempuan adalah 1 dalam 189 orang .
6
https://www.autismspeaks.org/what-autism
7 https://www.cdc.gov/ncbddd/autism/signs.html
8 https://www.cdc.gov/ncbddd/autism/data.html
9 | P a g e