Page 12 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 12
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
Masalah komunikasi sosial dan masalah interaksi dengan kawan-kawan
dan masyarakat, termasuklah :
Menjadi berang atau marah jika berlaku sebarang perubahan kepada
sesuatu yang menjadi kebiasaannya contohnya seseorang
mengalihkan barang-barang nya.
Tidak berkongsi keseronokan dengan sesuatu permainan atau
aktiviti dengan menunjukkan objek tersebut kepada orang lain.
Tidak mempunyai tenungan mata kepada orang lain dengan normal
dan cuba mengelakkan bertembung mata dengan orang lain.
Susah untuk mendengar atau patuh kepada arahan orang lain
Susah untuk berinteraksi dengan berbalas kata-kata atau percakapan
dengan orang lain.
Memberikan respon yang pelik dan tidak normal apabila orang lain
menunjukkan rasa sayang, marah atau kecewa.
Tidak memberikan tindak balas atau lambat memberikan
tindakbalas apabila namanya di panggil untuk menarik
perhatiannya.
Bercakap tentang sesuatu subjek yang di minatinya tanpa menyedari
bahawa orang lain telah bosan mendengarnya atau tidak
memberikan peluang orang lain untuk respon.
Mengulang sesuatu perkataan tertentu atau frasa tertentu yang
mereka dengar (echolalia)
Menggunakan perkataan yang agak ganjil yang tidak kena dengan
suasana atau keadaan atau menggunakan perkataan dengan makna
yang istimewa yang hanya di fahami olehnya atau keluarganya atau
seseorang yang dekat atau rapat dengannya sahaja.
Ekspresi muka, gaya pergerakan dan gestur yang tertentu yang tidak
sesuai dengan apa yang di katakan.
Tona suara yang pelik dan ganjil yang kedengaran seperti nyanyian
atau seperti robot yang berkata-kata.
Mempunyai masalah memahami pendapat atau pandangan orang
lain atau tidak boleh menjangkakan atau memahami perbuatan orang
lain.
12 | P a g e