Page 4 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 4
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
BAB 1 : PENDAHULUAN
Masalah Autisma telah menjadi semakin bertambah dari tahun ke setahun
di Malaysia dan seluruh dunia. Pada tahun 1970an ke tahun 1980an,
masalah autisma di kalangan kanak-kanak di dunia adalah seorang bagi
setiap 2000 orang kanak-kanak.
Tetapi sekarang jumlah Autisma yang di rekodkan adalah 80 orang kanak-
kanak bagi setiap 2000 orang berdasarkan kajian survey dari tahun 2011
ke 2013 yang di jalankan di USA oleh Center for Disease Control (CDC) .
1
Jumlah sebenarnya pengidap masalah Autisma ini masih menjadi
perdebatan dan ada sesetengah penyelidik berpendapat jumlah sebenarnya
2
adalah jauh lebih tinggi dari yang di laporkan .
Di USA, jumlah pesakit autisma pada tahun 2014 di nyatakan sebanyak 45
bagi setiap 2000 orang kanak-kanak. Ia menunjukkan penurunan
3
berbanding tahun-tahun sebelumnya . Masalah Autisma juga telah di
kategorikan sekali dengan penyakit Asperger dan di letakkan di bawah
Austim Spectrum Disorder (ASD) pada tahun 2013 dan ini menjadikan
kadar statistik masalah Autisma meningkat .
4
Di Malaysia masalah
autisma adalah 1 dalam 600
orang kanak-kanak yang
lahir. Statistik Kes Autisme
di Malaysia adalah dari
jumlah 15,484, 2,080 orang
yang didaftarkan adalah
berumur bawah enam tahun,
7,167 orang berumur tujuh
hingga 12 tahun, 2,248
orang berumur 13 hingga 18
tahun.
1
https://www.autismspeaks.org/science-news/cdc-increases-estimate-autisms-prevalence-15-percent-1-59-children
2 https://www.nimh.nih.gov/health/topics/autism-spectrum-disorders-asd/index.shtml
3 https://www.cdc.gov/nchs/data/nhsr/nhsr087.pdf
4 https://www.webmd.com/brain/autism/news/20151113/cdc-child-autism-rate-now-1-in-45-after-survey-method-changes
4 | P a g e