Page 63 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 63
LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)
SIARAN MEDIA
KERAJAAN NEGERI ANJUR SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI
SELANGOR 2024 TANGANI ISU PENURUNAN KESUBURAN
_______________________________________________________
SHAH ALAM, 30 JULAI – Penganjuran Seminar Kependudukan Negeri
Selangor 2024 (SKNS 2024) tepat pada masanya bagi membincangkan
langkah dan dasar yang perlu diambil dalam usaha memperlahankan
penurunan kadar kesuburan serta mempersiapkan negeri Selangor
dalam menghadapi arus pantas perubahan demografi ketika ini. Perkara
ini dinyatakan oleh YB Puan Anfaal Saari, EXCO Pembangunan Wanita
dan Kebajikan Masyarakat bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam,
Selangor.
Bertemakan “Perubahan Demografi Penduduk: Impak, Cabaran dan
Peluang Kepada Negeri Selangor”, SKNS 2024 diadakan bagi
membincangkan hubung kait di antara faktor sosio-ekonomi penduduk,
kesihatan dan kekeluargaan dengan isu penurunan kadar kesuburan di
negeri Selangor selain melihat impaknya terhadap pembangunan negara
yang meliputi empat (4) bidang utama iaitu;
(i) sosio-ekonomi;
(ii) kesihatan dan ketidaksuburan;
(iii) pembangunan dasar; dan
(iv) kebertanggungjawaban bersama (shared responsibilities).
SKNS 2024 julung kali diadakan anjuran bersama Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Selangor dan
Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pejabat EXCO Pembangunan
Wanita dan Kebajikan Masyarakat serta Unit Perancang Ekonomi Negeri
(UPEN) Negeri Selangor. Seminar sehari ini juga mendapatkan
kerjasama Tabung Kependudukan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA)
Malaysia dengan ucaptama disampai oleh Yang Mulia Tengku Aira
63