Page 64 - 067573 laporan tahunan LPPKN
P. 64

LAPORAN PENGANJURAN SEMINAR KEPENDUDUKAN NEGERI SELANGOR 2024 (SKNS 2024)



               Tengku  Razif,  Timbalan  Perwakilan  UNFPA  Malaysia.  Di  sepanjang
               forum  berkenaan,  sebanyak  empat  pembentangan  lisan  dan  tiga  ahli

               panel  forum  daripada  pelbagai  bidang  yang  berkaitan  kependudukan,
               kekeluargaan dan reproduksi manusia.

               Pada  majlis  yang  sama,  YB  Puan  Anfaal  turut  menyeru  penduduk  di

               Selangor agar dapat memberi kerjasama yang baik kepada penemu bual
               LPPKN yang sedang menjalankan kerja lapangan Kajian Penduduk dan
               Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) 2024 bermula 15 Julai sehingga

               31 Disember 2024 di seluruh negara termasuk di negeri Selangor. Kajian
               berskala besar dan bersifat nasional ini adalah bagi menyediakan data
               terkini  dan  siri  masa  berkaitan  kependudukan,  kekeluargaan  dan

               kesihatan reproduktif di Malaysia untuk digunakan sebagai input utama
               dan penting kepada pihak Kerajaan dalam pembangunan dasar, inisiatif
               dan program di negara ini pada masa akan datang bertepatan dengan
               slogan KPKM-6 iaitu “Suara Keluarga, Masa Depan Negara”.


               Penurunan  kadar  kesuburan  jumlah  atau  Total  Fertility  Rate  (TFR)
               merujuk  kepada  purata  bilangan  anak  yang  akan  dilahirkan  oleh
               seseorang  perempuan  dalam  tempoh  umur  reproduktif,  berkait  rapat

               dengan perubahan gaya hidup penduduk pada masa kini, peningkatan
               kos  sara  hidup  yang  tinggi,  peningkatan  bilangan  wanita  dalam
               pendidikan  tinggi  dan  penyertaan  kaum  wanita  dalam  pasaran  tenaga

               buruh.

               Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs. Puan Juwairiya Zulkifli, Timbalan
               Pengerusi LPPKN, YBrs. Encik Hairil Fadzly Md. Akir, Timbalan Ketua
               Pengarah  (Pengurusan)  LPPKN,  Puan  Aslynda  Mohd  Dahlan,  Wakil

               Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Encik
               Adzmel Mahmud, Pengarah Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan
               Keluarga LPPKN serta Puan Shafareeza Ismayatim, Pengarah LPPKN
               Negeri Selangor.

                                                         ####

               Disediakan oleh:

               Pejabat EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat
               Negeri Selangor







                                                                                                       64
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68