Page 10 - ebook
P. 10

Kaedah Keempat (Kaedah Dialog





                                                                                                dan Perbincangan)



















                               Dialog  atau  perbualan  adalah  percakapan  antara  satu





                         orang dengan dua orang yang lain ataupun lebih. Dari    segi





                         bahasa,  dialog  adalah  cara  manusia  menggunakan  kata




                         dalam  komunikasi.  Menurut  istilah  pula,  dialog  merupakan





                         cara  komunikasi  antara  seseorang  dengan  yang  lainnya.





                         Tujuan  berdialog  bukanlah  untuk  mencapai  kesepakatan





                         mahupun  urusan  tawar-menawar,  sebaliknya  adalah  untuk




                         membahas  suatu  topik  secara  jelas  dan  dapat  difahami.





                         Pengisian  dialog  perlu  mempunyai  pembahasan  mengenai





                         fakta,  hujah,  data  dan  pendapat  yang  dapat  memberi





                         penjelasan  secara  terperinci  kepada  orang  lain  yang




                         mendengar.












                               Sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  masa  kini,  penekanan





                         cara  berdialog  dan  perbincangan  antara  pendidik  dan  anak




                         murid perlu diketengahkan. Hal ini kerana, tahap pemahaman





                         seseorang  murid  boleh  dilihat  dari  cara  mereka  berdialog.





                         Oleh  sebab  itu,  dalam  sesi  pembelajaran,  pendidik  perlu





                          merangsang keinginan murid-murid supaya berdialog. Tidak




                         kiralah  untuk  bertanya,  atau  sekadar  ingin  menyampaikan





                         pendapat.










                                                                                                                                                                                                                              8
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14