Page 9 - ebook
P. 9

Kaedah Ketiga (Kaedah Petunjuk





                                                                                                       dan Bimbingan)


















                               Mendidik  sudah  tentu  merupakan  satu  pekerjaan  yang




                         mencabar. Ungkapan ini diungkapkan kerana tugas mendidik





                         bukan hanya menyampaikan ilmu kepada muridnya, bahkan





                         juga  untuk  membentuk  peribadi  yang  baik  dan  beradab.





                         Sebagai seorang tenaga pengajar, untuk membentuk peribadi




                         yang baik itu, perlu dimulai dengan diri pendidik dahulu. Jika





                         peribadi pendidik itu baik, maka sudah tentu murid-muridnya





                         akan terikut dengan apa yang ditampilkan.











                           Imam  Al-Ghazali  ialah  seorang  peneliti  dan  selalu





                         mengadakan  percubaan  sebelum  memberikan  pendapatnya.





                         Pendapat-pendapat beliau diperah daripada kemurnian hidup





                         yang  dihayatinya,  dimensi-dimensi  ilmu  pengetahuan  yang




                         dicapainya                                 melalui                         percubaan-percubaan                                                           yang                     telah





                         dilakukan  dan  daripada  beberapa  kesulitan  yang  dialami  di





                         dalam kehidupannya. Misalnya, dalam menanam dasar-dasar





                         agama  kepada  anak-anak,  Imam  Al-Ghazali  memulakan





                         dengan  meniru,  iaitu  menunjuk  cara,  diikuti  dengan




                         menyakini  dan  menguatkan  dengan  dalil-dalil,  membaca





                         ayat-ayat  Al-Quran  dan  menerangkan  kandungan  serta





                         maknanya.











                                                                                                                                                                                                                            7
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14