Page 4 - ebook
P. 4
Kaedah Pertama (Kaedah
Perbandingan)
Kaedah perbandingan digunakan dalam pengajaran,
perbincangan dan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan
kepercayaan mereka kepada karya-karyanya. Dalam kitab
ihya Ulum Ad-Din, Imam Al-Ghazali menerangkan perbezaan
pendapat di kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan
keburukan akhlak.
Perbandingan merupakan tindakan membandingkan, iaitu
dengan memerhatikan perbezaan dan persamaan antara dua
elemen yang berbeza, samada orang, objek, tempat atau
benda dan dapat dibuat dari pemerhatian ciri fizikal atau
visual. Contohnya, membandingkan perbezaan dan
persamaan antara dua topik yang berbeza. Bukan sahaja
dalam pembelajaran, perbandingan juga dapat dilakukan
keatas psikologi manusia seperti perbandingan perangai dan
sifat manusia.
Perbandingan disebut sebagai elemen penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran kerana melalui kaedah
perbandingan, suatu pro dan kontra akan mudah dilihat.
2