Page 27 - ebook_UMP25
P. 27
Objektif Strategik 1:
Keunggulan TVET Aras Tinggi
Keunggulan TVET aras tinggi bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang dipacu bersama komuniti melalui program TVET aras tinggi. Untuk mencapai objektif ini, tiga (3) penekanan utama digariskan iaitu graduan holistik, program TVET aras tinggi dan bersama komuniti. Penekanan ini diturunkan kepada dua (2) teras strategik iaitu 1A - Graduan Holistik dan 1B - Akademik Bersama Komuniti.
Program TVET aras tinggi merujuk kepada program di tahap enam (6) dan ke atas dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Ia mempunyai integrasi kemahiran dan pengetahuan tahap tinggi yang mengandungi elemen kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kritis, inovasi, pengurusan, penyeliaan dan keusahawanan bagi memenuhi keperluan pekerjaan. UMP komited menawarkan 70 peratus program berteraskan TVET aras tinggi dan 30 peratus program berfokus.
Menghasilkan graduan holistik yang dipacu bersama komuniti melalui program TVET aras tinggi
1A
Graduan Holistik
1B
Akademik Bersama Komuniti
27
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Program TVET aras tinggi adalah program Teknologi dan Teknologi Kejuruteraan manakala program berfokus pula adalah program Kejuruteraan dan Pengurusan. Perbezaan utama di antara program TVET aras tinggi dan berfokus adalah peratusan pembahagian pembelajaran teoritikal dan praktikal. Program TVET aras tinggi mempunyai sekurang-kurangnya 50 peratus elemen praktikal manakala program berfokus memberi penekanan elemen teoritikal yang lebih tinggi. Namun, kesemua program akademik dibangunkan bersama komuniti agar hasil pembelajaran menepati keperluan semasa.