Page 28 - ebook_UMP25
P. 28
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Teras 1A:
Graduan Holistik
Teras pertama ialah penghasilan graduan holistik yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembangunan pelajar yang holistik ini dilakukan melalui pembelajaran di kuliah dan di luar kuliah. Terdapat empat (4) petunjuk prestasi utama untuk mengukur keberhasilan graduan yang holistik.
1 Kebolehpasaran graduan prasiswazah;
2 Pencapaian minimum kebolehan graduan iPNK bagi graduan prasiswazah;
3 Pencapaian minimum kebolehan kesarjanaan sPNK bagi graduan pascasiswazah; dan
4 Pelajar prasiswazah yang mengambil kursus Sijil Program Pengkhususan Terbuka.
PPU1A(1): Kebolehpasaran graduan prasiswazah
Kebolehpasaran graduan merujuk kepada penerimaan bakal majikan terhadap kesediaan graduan untuk bekerja dan memenuhi keperluan pekerjaan. Dalam cabaran masa kini, terdapat kebarangkalian graduan tidak terus memasuki alam pekerjaan setelah tamat belajar tetapi memilih untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi atau memilih untuk membuka peluang pekerjaan dengan mengusahakan perniagaan sendiri.
Walau bagaimanapun, terdapat dua (2) persoalan utama yang sering muncul berkaitan kebolehpasaran graduan iaitu:
` Adakah graduan yang bekerja di luar bidang pengajian juga dikira dalam kebolehpasaran graduan?
`Adakah graduan yang tidak bekerja kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi (financially
independent) dikira dalam kebolehpasaran graduan?
28