Page 29 - ebook_UMP25
P. 29

Secara dasarnya, kedua-dua kes ini perlu dikira sebagai mencapai kebolehpasaran graduan sama ada mereka memilih untuk bekerja di luar bidang pengajian (yang sesuai dengan tahap pendidikan) atau mereka tidak memerlukan majikan, ia tidak menggambarkan kegagalan dalam kebolehpasaran graduan. Graduan menganggur sebenarnya adalah graduan yang memerlukan dan mencari pekerjaan tetapi tidak ditawarkan oleh mana-mana majikan kerana ketidaksetaraan atau kekurangan ilmu dan kebolehan berbanding dengan keperluan majikan. Premis UMP menawarkan pendidikan holistik yang akan memberi nilai tambah kepada graduan dan meningkatkan peluang graduan untuk mendapat pekerjaan.
Penilaian kebolehpasaran graduan dilakukan secara dua (2) peringkat. Peringkat pertama adalah berdasarkan kutipan data yang diambil semasa konvokesyen iaitu selepas tiga (3) bulan pelajar menamatkan pengajian. Peringkat kedua, penilaian dilakukan sehingga 12 bulan pelajar menamatkan pengajian. Pengukuran ini dilakukan melalui Kajian Pengesanan Graduan dalam talian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pengiraannya adalah berdasarkan jumlah responden yang mendapat pekerjaan, melanjutkan pengajian, bekerja sendiri, mengikuti kursus jangka pendek dan menunggu peluang penempatan dibandingkan dengan jumlah keseluruhan responden dalam Kajian Pengesanan Graduan pada tahun semasa.
Sasaran adalah peratusan minimum kebolehpasaran graduan
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
 29
 




























































































   27   28   29   30   31