Page 31 - ebook_UMP25
P. 31

UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
 3. Kebolehan Menguasai Kemahiran Praktikal, Penggunaan Peralatan dan Perisian Moden
 Graduan berkebolehan menguasai kemahiran baharu secara bersemuka atau kendiri seperti kemahiran menggunakan teknologi maklumat, kemahiran menggunakan analitik data, kemahiran menggunakan mesin dan peralatan makmal serta kemahiran menguasai dwibahasa.
 4. Kebolehan Berfikir Aras Tinggi
 Graduan berkebolehan untuk memahami sesuatu permasalahan dan mencadangkan penyelesaian yang inovatif dan kreatif dengan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.
Kebolehan Insaniah - xPNK
 1. Kebolehan Berkomunikasi dengan Berkesan
 Graduan membuktikan mereka mempunyai kebolehan komunikasi yang berkesan dalam memahami dan menghuraikan maksud menerusi pertuturan dan penulisan dalam pelbagai hal yang kompleks termasuk mempunyai kemahiran dalam membuat perundingan dengan pemegang taruh.
 2. Kebolehan Mengurus dan Berniaga
 Graduan membuktikan bahawa mereka didedahkan dengan ilmu pengurusan perniagaan sesebuah organisasi. Menerusi pemahaman ini, mereka mempunyai kebolehan asas untuk bekerja di sesebuah organisasi atau memulakan perniagaan.
 3. Kebolehan Memimpin dan Berpasukan Secara Efektif
 Graduan membuktikan bahawa mereka boleh memimpin secara berpasukan atau menjadi ahli yang menyumbang untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.
31





















































































   29   30   31   32   33