Page 32 - ebook_UMP25
P. 32

UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
 4. Kebolehan Melaksanakan Kerja Kesukarelawanan berkaitan Kemanusiaan, Persekitaran dan Kelestarian Alam serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
 Graduan berkebolehan menguasai kemahiran baharu secara bersama dan membuktikan bahawa mereka memahami serta bersedia untuk melakukan kerja kesukarelawan terhadap kemanusiaan, persekitaran dan kelestarian alam.
Pengukuran pencapaian kebolehan iPNK ini diukur dari segi kebolehan pelajar untuk mencapai keputusan iPNK yang seimbang berdasarkan pengukuran yang telah ditetapkan. Kebolehan pelajar ini akan diterjemahkan di dalam Sistem Profil Pelajar (SPP). Pelajar akan memuat naik bukti-bukti pencapaian kebolehan ke dalam SPP. Data pencapaian kebolehan iPNK pelajar di dalam SPP akan dinilai oleh pemegang taruh. Berdasarkan maklum balas pemegang taruh ini sepanjang pengajian pelajar, perunding akademik akan memberi khidmat nasihat kepada pelajar untuk meningkatkan kebolehan yang telah ditetapkan. Sistem ini akan membolehkan pelajar mencapai kebolehan yang ditetapkan oleh UMP sebelum bergraduat.
Sasaran adalah peratusan graduan mencapai keputusan iPNK yang seimbang
32




























































































   30   31   32   33   34