Page 33 - ebook_UMP25
P. 33

PPU1A(3): Pencapaian minimum kebolehan kesarjanaan sPNK bagi graduan pascasiswazah
Graduan pascasiswazah dibangunkan bagi mencapai kebolehan kesarjanaan melalui pengukuran sPNK (sarjana PNK). Kebolehan kesarjanaan merujuk kepada kebolehan menuntut ilmu di peringkat tinggi secara mendalam di dalam bidang yang spesifik. Terdapat empat (4) kebolehan sarjana graduan pascasiswazah seperti berikut:
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
 1. Kebolehan Merujuk dan Menganalisa Sesuatu Bidang Ilmu dan Teknologi Tinggi Secara Kritikal
 Graduan membuktikan bahawa mereka berkebolehan untuk memahami rujukan-rujukan bidang ilmu yang spesifik dan mendalam serta boleh mengemukakan kritikan terhadap rujukan tersebut.
 2. Kebolehan Mengemukakan Permasalahan Terkini dan Penyelesaian Baharu
 Graduan membuktikan bahawa mereka berkebolehan dalam memformulasikan masalah terkini (problem formulation) dan berkebolehan mengemukakan penyelesaian baharu.
 3. Kebolehan Mengesahkan Ilmu dan Teknologi Baharu
 Graduan membuktikan bahawa mereka berkebolehan untuk mereka bentuk dan melaksanakan uji kaji bagi mengesahkan ilmu dan teknologi baharu.
33
























































































   31   32   33   34   35