Page 35 - ebook_UMP25
P. 35
Teras 1B:
Akademik Bersama Komuniti
Teras kedua bagi keunggulan TVET aras tinggi ialah Akademik Bersama Komuniti. Dalam konteks ini, ia berfokus kepada penglibatan komuniti seperti alumni, industri, masyarakat tempatan dan antarabangsa. Kepentingan akademik bersama masyarakat adalah untuk mengurangkan jurang di antara kebolehan graduan yang menepati keperluan industri dengan kebolehan pelajar yang dibina di universiti. Terdapat empat (4) petunjuk prestasi utama untuk mengukur keberhasilan Akademik Bersama Komuniti.
1 Pelajar dari industri;
2 Program ijazah bersama antarabangsa;
3 Program akademik berpacukan komuniti; dan
4 Pendigitalan kandungan akademik universiti.
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Universiti Malaysia Pahang dengan Agrico for Agricultural Development, Qatar di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada 20 Januari 2020