Page 34 - ebook_UMP25
P. 34

UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
 4. Kebolehan Berkomunikasi Ilmu Kesarjanaan
 Graduan membuktikan bahawa mereka boleh berkongsi kesarjanaan dengan pakar bidang. Ini termasuk menulis dan membentang artikel ilmu serta menyemak hasil kesarjanaan pakar lain.
Kaedah pengukuran adalah sama dengan iPNK iaitu dengan menggunakan SPP.
Sasaran adalah peratusan keputusan sPNK yang seimbang
PPU1A(4): Pelajar prasiswazah yang mendapat Sijil Program Pengkhususan Terbuka
Program Pengkhususan Terbuka (PPT) merujuk kepada pelajar yang mengambil lima (5) kursus (15 kredit) yang direka bentuk secara urutan bagi membolehkan pelajar menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran.
PPT adalah bersifat pilihan kepada pelajar dan ia ditawarkan berdasarkan kepada memaksimakan perkongsian kepakaran yang dimiliki oleh pensyarah. Graduan yang menyelesaikan salah satu (1) daripada lima (5) kursus akan dianugerahkan Sijil Tamat Kursus (STK) manakala graduan yang berjaya menyelesaikan kelima-lima kursus yang ditetapkan akan dianugerahkan Sijil Pengkhususan Terbuka (SPT). Graduan yang mendapat sijil SPT di samping sijil pengajian utama telah menerima pendidikan yang lebih holistik berbanding graduan yang hanya memiliki sijil pengajian utama.
Pengukuran pencapaian adalah merujuk kepada peratusan pelajar prasiswazah UMP yang mengambil kursus sijil Program Pengkhususan Terbuka (PPT) tahun semasa berbanding jumlah pelajar prasiswazah tahun semasa.
Sasaran adalah peratusan pelajar prasiswazah mendapat Sijil Tamat Kursus (STK)
34























































































   32   33   34   35   36