Page 46 - ebook_UMP25
P. 46
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Teras 3A:
Penjanaan Pengetahuan Baharu
Teras pertama yang ditetapkan ialah inisiatif penyelidikan yang mampu menjana pengetahuan baharu. Teras ini berfokus kepada aktiviti penerbitan ilmiah hasil daripada penyelidikan intensif staf akademik sebagai ketua penyelidik bersama pelajar pascasiswazah yang berbakat.
1 Penerbitan ilmiah dan sitasi setiap staf akademik; dan
2 Ketua projek geran luar penyelidikan.
PPU3A(1): Penerbitan ilmiah dan sitasi setiap staf akademik
Bilangan kumulatif penerbitan ilmiah ialah penerbitan di dalam jurnal dan persidangan berindeks SCOPUS/WOS/ERA/ MyCITE yang dihasilkan oleh staf akademik aktif tahun semasa dan tahun sebelumnya mulai 2021.Pengukuran adalah dengan mengambil jumlah penerbitan dan dibahagikan dengan jumlah staf akademik yang aktif pada tahun semasa.
Sasaran adalah nisbah penerbitan ilmiah setiap staf
akademik
46