Page 47 - ebook_UMP25
P. 47

Manakala sitasi setiap staf akademik merujuk kepada jumlah sitasi di dalam SCOPUS/WOS dalam tempoh lima (5) tahun terakhir bagi lima (5) tahun penerbitan yang telah dihasilkan institusi sehingga tahun dinilai. Pengukuran adalah jumlah sitasi keseluruhan dan dibahagikan dengan bilangan staf akademik yang aktif pada tahun semasa.
Sasaran adalah kumulatif sitasi setiap staf akademik dalam tempoh lima tahun terakhir penilaian
PPU3A(2): Ketua projek geran luar
Ketua projek geran luar merujuk kepada staf akademik yang dipilih menjadi penyelidik utama atau ketua projek bagi projek penyelidikan yang masih aktif pada tahun semasa yang mendapat geran daripada institusi luar. Geran luar adalah geran penyelidikan yang datang bersama peruntukan kewangan daripada kementerian, agensi, badan berkanun, industri, yayasan, badan antarabangsa, dan sebagainya sama ada secara sepenuhnya atau padanan. Melalui peruntukan kewangan daripada institusi luar UMP, ia membuktikan bahawa projek penyelidikan UMP adalah bermanfaat kepada komuniti.
Nilai geran yang dikira adalah berdasarkan glosari Malaysia Research Assessment (MyRA) iaitu:
Nasional: RM20,000 ke atas bagi Sains dan Teknologi dan RM5,000 ke atas bagi bukan Sains dan Teknologi. Antarabangsa/Industri/Swasta/NGO: RM10,000 ke atas bagi Sains dan Teknologi dan RM5,000 ke atas selain Sains dan Teknologi.
Pengukuran adalah dengan mengambil jumlah bilangan ketua projek geran luar dan dibahagikan dengan jumlah staf akademik yang aktif.
Sasaran adalah peratusan staf akademik mengetuai projek geran luar
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
 47
























































































   45   46   47   48   49