Page 48 - ebook_UMP25
P. 48
UMP25
PELAN STRATEGIK UMP 2021-2025
Teras 3B:
Penjanaan Teknologi Baharu
Penyelidikan yang memberi impak juga diukur melalui penjanaan teknologi baharu. Dalam aspek ini, penjanaan teknologi baharu dapat dilihat melalui bilangan harta intelek yang berjaya dilesen dan diaplikasikan serta memberi manfaat kepada komuniti. Selain itu, teknologi baharu juga memberi tumpuan terhadap kemampuan UMP untuk menghasilkan teknologi yang pertama di dunia serta mampu memberi impak positif kepada masyarakat. Terdapat dua (2) petunjuk prestasi utama ditetapkan untuk mengukur keberhasilan penjanaan teknologi baharu ini.
1 Harta intelek yang dilesenkan; dan
2 Penghasilan penemuan atau teknologi pertama di dunia (First discovery or technology in the world).
PPU3B(1): Harta intelek yang dilesenkan
Harta intelek yang dilesenkan merujuk kepada hasil penyelidikan yang dikomersialkan oleh pihak luar dan menjana pendapatan kepada UMP. Harta intelek merujuk kepada paten, cap dagangan, hak cipta, reka bentuk perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar bersepadu seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berkaitan. Semua harta intelek perlu berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) atau badan antarabangsa yang setaraf bagi melindungi kepentingan dan hak harta intelek UMP dan penyelidik berkaitan.
Nilai pelesenan perlu melebihi RM10,000 ke atas dan boleh dilesenkan kepada lebih daripada satu syarikat. Tempoh masa bagi transaksi proses pelesenan boleh melebihi satu tahun dan boleh diambil kira setelah proses tersebut selesai.
Sasaran adalah bilangan harta intelek yang dilesenkan
48